Daripada Abu Mas'ud daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat mengharapkan pahala maka baginya (pahala) sedekah." 

(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 55, Muslim, No.Hadith : 1002)

Matan hadith :

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ.
]
صحيح البخاري , كتاب الإيمان , باب: ما جاء إن الأعمال بالنية والحسبة، ولكل امرئ ما نوى , حديث رقم 55[
]
صحيح مسلم , كتاب الزكاة ,   باب فضل النفقة والصدقة على الأقربين والزوج والأولاد، والوالدين ولو كانوا مشركين , حديث رقم 1002[

 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Kewajipan memberikan nafkah kepada keluarga menjadi tanggungjawab suami. Selain suami menunaikan nafkah berbentuk material, turut dituntut untuk memberikan nafkah berbentuk ilmu akhirat kepada keluarganya.
  2. Setiap wang yang dinafkahkan kepada keluarga akan dikira pahala sedekah apabila seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya semata-mata kerana Allah SWT. Hanya amalan yang dilakukan kerana Allah SWT akan diganjari pahala.
  3. Keutamaan memberikan nafkah kepada keluarga lebih besar ganjaran pahalanya kerana itulah kewajipan yang amat dituntut dalam Islam.
 
Sumber rujukan :
 

1. Kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim.

2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi.

 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 16 January 2018.
Jumlah Pelawat :12162402