Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung." 
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2840).

 

 

Matan hadith :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ.

] صحيح مسلم  , كتاب الجنة وصفة نعيمها وأهلها , باب يدخل الجنة أقوام أفئدتهم مثل أفئدة الطير, حديث رقم 2840[

Pengajaran Hadith :
  1. Setiap orang Mukmin hendaklah bertawakal kepada Allah SWT sebagaimana sifat seekor burung walaupun tidak diberikan akal tetapi ia tidak duduk diam sahaja disarangnya. Ia akan keluar untuk mencari rezeki dan pulang dengan perut yang penuh dengan makanan kerana yang memberi rezeki adalah Allah SWT.
  2. Sifat tawakal akan terhasil apabila adanya sifat khauf (takut) hanya kepada Allah SWT yang disertai keyakinan yang jitu dalam setiap waktu dan keadaan kerana hakikat sebenar tawakal adalah dengan mengambil sebab-sebab dan usaha demi mencari rezeki.
  3. Seseorang akan dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab tawakalnya yang penuh dengan sifat keimanan dan khauf (takut) kepada Allah SWT.
 
Sumber rujukan :

1- Kitab Sahih Muslim

2- Kitab Syarh Sahih Muslim Li An-Nawawi.

3- Kitab Nuzhatul Muttaqqin Syarh Riyadus Salihin.

 

 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 15 February 2018.
Jumlah Pelawat :12169520