Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:55 Zohor : 1:01 Asar : 4:18 Maghrib : 7:00 Isyak : 8:10

Daripada Abdullah RA, daripada Nabi SAW bersabda : "Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati."  (Mutta faqun Alaihy, hadith riwayat al-Bukhari : 7144, Muslim : 1839, Abu Dawud : 2626, At-Tirmizi : 1707)
 
Matan Hadith :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ
صحيح البخاري , كتاب الأحكام , باب السمع والطاعة للإمام ما لم تكن معصية , حديث رقم[7144]
Pengajaran Hadith :
  1. Kewajipan mendengar dan mentaati adalah tanda kehebatan seseorang Muslim kerana dengan memiliki sifat tersebut akan menjadi sebab nusrah (bantuan) Allah SWT kepadanya.
  2. Setiap Muslim dituntut untuk bersabar dalam mentaati perintah ketua atau pemimpinnya sekalipun perintah tersebut berlawanan dengan kehendaknya yang menjurus ke arah kebaikan. Tetapi, jika perintah tersebut ke arah kebatilan maka tidaklah wajib mentaatinya.
  3. Nabi SAW telah memberi peringatan mengenai balasan buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang yang tidak mengikuti dan mentaati pemimpin serta yang memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan Muslimin.
Sumber Rujukan :
 1. Kitab Sahih al-Bukhari2. Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani3. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi4. Kitab Nailul Awtor Lil Imam Al-Syaukani 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 19 October 2018.
Jumlah Pelawat :12235283