Daripada Abu Hurairah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Jika sifat amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari kiamat (tanda kiamat semakin dekat).” Lalu seorang sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dimaksudkan sifat amanah disia-siakan ya Rasulullah?.” Baginda menjawab; “Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat.”    (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 6496).

 

Matan Hadith :

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ.

]صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب رفع الأمانة , حديث رقم 6496[

 
 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Asal perkataan amanah dalam bahasa Arab mempunyai akar kata yang sama dengan kata iman dan aman. Perkataan Mukmin bererti orang yang beriman iaitu yang mendatangkan keamanan, juga yang memberi dan menerima amanah. Justeru, jika seseorang itu tiada sifat amanah seumpama tiada iman dalam dirinya.
  2. Dalam aspek pengurusan agama, pemerintahan, penghakiman, pengfatwaan dan seumpamanya, Islam meletakkan pra syarat yang utama iaitu amanah. Sifat ini mesti dimiliki oleh seseorang sebelum dia dilantik.
  3. Jika seseorang yang dilantik itu tidak memiliki sifat amanah maka akan rosaklah semuanya dan tunggulah saat dunia ini akan binasa dan lenyap selamanya.
 
Sumber Rujukan :
 
 1. Kitab Sahih al-Bukhari

2. Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani

3. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

 
 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 23 May 2018.
Jumlah Pelawat :12193602