Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 6:57 Zohor : 1:00 Asar : 4:22 Maghrib : 6:58 Isyak : 8:10

 

Daripada al-Barra` bin Azib RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim yang bertemu kemudian saling berjabat tangan, kecuali dosa keduanya akan diampuni sebelum berpisah.” Abu ‘Isa berkata hadith ini hasan gharib (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 2727, Abu Dawud, No. 5212, Ibn Majah, No. 3703, Ahmad, No. 17813, 17950)

Matan Hadith:

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا.

وقَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

]سنن الترمذي , كتاب الاستئذان والآداب , باب ما جاء في المصافحة , حديث رقم2727 , عن البراء رضي الله عنه[

Pengajaran Hadith :
 
  1. Islam adalah agama yang sempurna, mengatur seluruh aspek kehidupan manusia. Dasarnya adalah aqidah yang benar, binaannya adalah amalan kebaikan dan hiasannya adalah akhlak yang mulia. Antara akhlak yang mulia ialah amalan berjabat tangan ketika berjumpa sesama Muslim. Sunnah berjabat tangan ialah dengan menggenggam tapak tangan kanannya ke atas tapak tangan kanan saudaranya sambil senyum memandang kepada wajahnya.
  2. Berjabat tangan adalah amalan yang disyariatkan dan adab mulia para sahabat RA ketika mereka berjumpa. Antara amalan lain yang disunatkan semasa berjabat tangan seperti yang disebut dalam beberapa buah hadith adalah :

        i-Memuji Allah SWT (اَلْحَمْدُ لِلَّهِ) (HR. Abu Dawud : 5211)

                ii- Mengucapkan istighfar (يَغْفِرَ اللهُ لَنَا وَلَكُمْ) (HR. Abu Dawud : 5211)

       iii-Mendoakan (اللّهُمَّ آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) (HR. Ibnu Sunniy)

      iv-Berselawat kepada Nabi SAW (HR. al-Haithami dalam Majma’: 17987)

   3. Berjabat tangan mempunyai fadhilat yang besar seperti dapat meredakan permusuhan dan kedengkian, memperteguhkan kasih       sayang,  mengeratkan tali silaturahim sesama Muslim, mendapat rahmat daripada Allah SWT serta menggugurkan dosa sebagaimana            gugurnya daun-daun kering di musim kemarau.
 
Sumber Rujukan :
 

1-Kitab Jami’ at-Tarmizi

2-Kitab Sunan Abu Dawud

3-Kitan Sunan Ibn Majah

4-Kitab Musnad Ahma

5-Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami’ at-Tirmizi Li al-Mubarakfuri

6-Kitab Majma’ al-Zawaid wal Manba’u al-Fawaid Li al-Haithami




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 13 November 2018.
Jumlah Pelawat :12241319