Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Tanggal 22 Mac 2018, telah berlangsung Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Jakim 2018 di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Objektif Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu adalah sedikit berbeza berbanding dengan pertandingan-pertandingan KIK yang dianjurkan sebelum ini. KIK sebelum ini menumpukan kepada aspek proses penghasilan projek, manakala KIK horizon baharu berfokuskan kepada outcome, impak dan potensi pengembangan projek bagi tujuan replikasi, pengkomersialan dan penyertaan dalam pertandingan. Tiga fasa diperkenalkan dalam panduan ini iaitu:

  1. Fasa Pertama: Penghasilan Projek
  2. Fasa Kedua: Pengiktirafan
  3. Fasa Ketiga: Pengembangan Projek

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah disertai oleh lima kumpulan daripada pelbagai bahagian di Jakim. Masing-masing telah mempersembahkan tajuk projek yang sangat menarik dan memberikan saingan sengit di antara pasukan yang bertanding. Panel hakim jemputan adalah daripada pihak INTAN, FELDA dan KDN.

Berikut merupakan keputusan pertandingan:

Johan: Kumpulan S-DAIE, Jakim Cawangan Sabah dengan projek “EcLips: Kebolehcapaian Bahan Rujukan di IPDAS Secara Komprehensif” dan telah memenangi wang tunai RM5,000.00, piala serta sijil penyertaan.

Naib Johan: Kumpulan ISTIQAMAH, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dengan projek “Portal myHadith Jakim: Medium Rujukan Hadith Bagi Umat Islam di Malaysia” dan telah memenangi wang tunai RM3,000.00, piala serta sijil penyertaan.

Ketiga: Kumpulan G2G, Bahagian Hab Halal dengan projek “ Verify Halal” telah memenangi wang tunai RM2,000.00, piala berserta sijil penyertaan.

Majlis penyerahan sijil dan cek replika kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jakim diiringi oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Haji Zainal Abidin mengucapkan syabas kepada semua pasukan yang bertanding dalam Pertandingan KIK Jakim dan kumpulan yang akan bertanding di JPM serta memberi semangat dan galakan serta meletakkan harapan tinggi kepada pasukan yang berjaya untuk mengekalkan kecemerlangan Jakim yang pernah dinobatkan jabatan paling inovatif tiga tahun sebelum ini.

Tahniah dan semoga berjaya di Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan Perdana Menteri!

kik jakim 2018 5

kik jakim 2018 1

kik jakim 2018 3

kik jakim 2018 7

kik jakim 2018 8

kik jakim 2018 4

kik jakim 2018 6