Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

 

9 Julai 2018 (Isnin), Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) telah mengadakan pertemuan khas bersama YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh; Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama Islam) di Kompleks Islam Putrajaya. Pengerusi PISWI, YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin telah mengetuai pertemuan ini. Beliau turut membentangkan taklimat mengenai PISWI dari aspek sejarah penubuhan serta halatujunya kepada YB Timbalan Menteri.

Menerusi pertemuan ini, YB Timbalan Menteri telah menyatakan beberapa hasrat agar PISWI dalam mewakili suara wanita Islam secara lantang di media sosial dan lain-lain medium semasa bagi memastikan pembangunan dan kemajuan wanita Islam dapat disampaikan kepada masyarakat Malaysia khususnya. Beliau turut mengesyorkan beberapa perkara dalam membantu peranan PISWI untuk terus diketengahkan. Antara perkara yang disyorkan ialah agar JAKIM menyediakan platform yang bersistematik dan berstrategik bagi PISWI memberi penjelasan dan pendidikan kepada masayarakat.

Antara ahli PISWI yang turut hadir ke majlis pertemuan tersebut ialah YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Ab Karim, YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awal, YBhg. Datuk Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar dan YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Abd. Aziz.

Selain ahli PISWI, pertemuan tersebut turut disertai YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim serta YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM merangkap Setiausaha kepada PISWI. Pertemuan ini telah menghasilkan beberapa cadangan daripada YB Timbalan Menteri di JPM untuk PISWI terus bergerak ke hadapan dalam usaha memartabatkan wanita Islam.

 

DSC 8898

DSC 8893

DSC 8902

DSC 8914

DSC 8931

DSC 8965