Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Bangi, 19 Julai : “The strong believer is better and more beloved to Allah than the weak believer, while there is good in both”. (Reported by Muslim).
 
Hadith di atas menggambarkan bahawa Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Bertepatan dengan saranan ini, Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-20 pada 15 hingga 19 Julai 2018 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang.
 
Antara objektif penganjuran KESSUMA adalah untuk mengiktiraf dan mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam acara sukan di peringkat kebangsaan. Hasil daripada KESSUMA telah melahirkan 13 orang atlet memanah yang terpilih mewakili sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dua (2) penyertaan di Sukan Malaysia (SUKMA) dan 11 penyertaan dalam terbuka antarabangsa (International Open). Pada KESSUMA kali ini, seramai 2,100 orang atlet dan pegawai yang terlibat sepanjang empat (4) hari tiga (3) malam kejohanan ini dipertandingkan.
 
Majlis perasmian telah diadakan penuh semangat kesukanan pada 15 Julai 2019 (Isnin) di Stadium Universiti, UKM yang dirasmikan oleh oleh YBhg. Dato’ Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM. Manakala, Perasmian Penutupan pula disempurnakan dengan penuh gilang gemilang pada 18 Julai 2019 di Dewan Tuanku Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
 
Ucapan setinggi-tinggi perhargaan buat kepimpinan tertinggi JAKIM, JAIS, JAIN seluruh Malaysia, Unit Komunikasi Korporat, JAKIM, Bahagian Penyiaran JAKIM, Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM serta barisan Urus Setia KESSUMA 2019 di atas kerjasama dalam merealisasikan KESSUMA 2019. Tahniah juga buat Negeri Terengganu kerana dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan KESSUMA 2019, seterusnya mengekalkan kejuaraan buat yang kedua.
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 1
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 2
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 3
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 4
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 5
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 6
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 7
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 8
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 9
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 10
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 11
 
KESSUMA 2019 TERENGGANU PERTAHAN KEJUARAAN 12