Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
Seiring dengan kemajuan dan cabaran persekitaran kerja yang semakin kompleks, peranan AKRAB JAKIM sebagai agen pemudahcara dilihat sangat signifikan dalam mempertingkatkan pembangunan modal insan Jabatan ini. Justeru itu, bagi memastikan AKRAB JAKIM sentiasa relevan dan bersedia dalam menghadapi cabaran, BPSM JAKIM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menganjurkan Program Retreat Halatuju AKRAB & Kesejahteraan Psikologi JAKIM pada 6 dan 7 Ogos 2020 bertempat di Palm Garden, IOI Resort City, Putrajaya. Program ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang ahli AKRAB yang telah ditauliahkan dan ianya telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Ahmad Fuad bin Apandi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), JAKIM.
 
Sepanjang program dua (2) hari ini, peserta telah didedahkan dengan modul-modul asas psikologi seperti Proses Membimbing & Kaedah Mendekati Klien, Kaedah Merekod Bimbingan, Simulasi Bimbingan Individu melalui kajian-kajian kes berkaitan. Para peserta juga telah didedahkan dengan kaedah-kaedah psikologi termasuk ujian-ujian psikologi asas bagi mengenalpasti personaliti klien.
 
Program ini merupakan program awal di bawah AKRAB JAKIM dan beberapa program susulan telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tahun 2020 ini.
 
RETREAT HALATUJU AKRAB DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI JAKIM 1
 
RETREAT HALATUJU AKRAB DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI JAKIM 2
 
RETREAT HALATUJU AKRAB DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI JAKIM 3
 
RETREAT HALATUJU AKRAB DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI JAKIM 4