Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 15 Mei 2018 - Dengan kejayaan memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan 2 siri taklimat EKSA (2 jam setiap siri) kepada para 49 orang peserta program Diploma Pengajian Islam (DPI) JAKIM dan 30 orang pekerja syarikat pembersihan, penyelengaraan serta landskap. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Setiausaha EKSA, Encik Zulkurnain Hassan.

Objektif utama sesi taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pelaksanaan EKSA di institut ini serta info-info terkini. Selain itu, ianya juga memberi gambaran pelaksanaan itu sendiri yang memberikan penekanan kepada persekitaran kerja yang kondusif dan mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran berkualiti serta meningkatkan imej dan kualiti institut melalui penambahbaikan yang berterusan.

Semoga semua peserta dapat memahami mengenai pelaksanaan dan info EKSA itu sendiri serta dapat dipraktikakan di tempat kerja ke arah mewujudkan institusi latihan Islam yang kondusif dan bertaraf global.

eksa kontraktor3

eksa kontraktor4

eksa kontraktor2

eksa kontraktor1