Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia
PUTRAJAYA - Kemeriahan "Penyatuan Dua Hasrat". 
 
Ungkapan yang cukup tepat sebagai menandakan selesainya penyerahan Letter of Intent (LOI) antara Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), YBrs. Surveyor Hj Ishak Ismail dengan YBhg Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM dan turut disaksikan YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sendiri bersama YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM pada 01 Ogos 2019 yang lalu.
 
Penyerahan LOI ini sekaligus menunjukkan  komitmen kerajaan dalam memastikan Halal Malaysia terus berkembang dan disebarluaskan bermula daripada pihak akar umbi sehingga ke persada global selari dengan slogan rahmatan lil 'alamin yang seringkali diwar-warkan.
 
Kerjasama erat JAKIM-FAMA ini juga menyerlahkan lagi kredibiliti kerajaan melalui Halal Malaysia untuk memastikan setiap industri usahawan kecil dan sederhana di bawah bimbingan FAMA yang akan memohon pensijilan halal Malaysia diberi kefahaman yang seragam bagi mengelakkan salah faham berlaku berkaitan prosedur pensijilan halal Malaysia.
 
Sesi penyerahan penyataan hasrat kerjasama JAKIM - FAMA ini juga telah berlangsung selepas tamatnya Majlis Pelancaran Logo Program Karnival Rahmah peringkat Kebangsaan 2019 dalam suasana yang penuh kemeriahan. 
 
Untuk rekod, program Karnival Rahmah 2019 merupakan program julung kali yang akan diadakan oleh JAKIM dengan kerjasama JAWI dan bakal mewarnai persada Dataran Putrajaya bermula 26 sehingga 29 September 2019 ini. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan dirangka bagi memenuhi hasrat program tersebut. Program ini adalah merupakan cetusan idea daripada Menteri  di Jabatan Perdana Menteri sendiri.
 
Semoga kerjasama yang dimeterai dan karnival yang dirancang ini akan berjalan mengikut perancangan seterusnya memperkukuhkan lagi kefahaman masyarakat Malaysia berbilang kaum terhadap agama Islam yang rahmah buat seluruh ummah.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
https://m.facebook.com/HabHalalJakim/
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
#karnivalrahmah2019
 
FAMA JALIN KERJASAMA STRATEGIK 010819 1
 
FAMA JALIN KERJASAMA STRATEGIK 010819 2
 
FAMA JALIN KERJASAMA STRATEGIK 010819 3
 
FAMA JALIN KERJASAMA STRATEGIK 010819 4