Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

 

MRR 255 1

Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-raja Yang Ke-255 telah diadakan dengan jayanya pada hari Selasa,1 Rabiulawwal 1441 Hijrah bersamaan 29 Oktober 2019. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Balai Seri Maharaja, Istana Negara, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh sembilan (9) orang ahli dan wakil ahli Majlis.

Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim selaku Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah menyembah maklum dua (2) memorandum daripada MKI mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-115 mengenai Sighah keputusan Analisis Hukum Konsep Minda Bawah Sedar dan Hukum Penggunaan Hipnosis dalam Latihan Minda Bawah Sedar dan Sighah keputusan Isu-Isu Etika dan Hukum berkaitan Penjagaan Akhir Hayat (End Of Life Care) dalam Konteks di Malaysia. Selain daripada itu, memorandum mengenai Penyeragaman Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di seluruh Malaysia turut disembah maklum dalam mesyuarat pada kali ini. Hal ini selaras dengan Peraturan MKI, Perkara 7 (b) mengenai tugas-tugas MKI untuk menambah baik, menyamakan atau menggalakkan persamaan undang-undang atau pentadbiran hal ehwal Islam seluruh negara.

 

Laporan disediakan oleh:

 

Sekretariat MKI

Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

 

MRR 255 2

 

MRR 255 3

MRR 255 4

MRR 255 5

MRR 255 6

 

MRR 255 7