Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Majlis pada hari ini merupakan kemuncak penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kepada Majlis/Jabatan Agama Islam/ Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang melalui pendekatan inovasi dan telah memberi impak serta mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan dalam memenuhi kehendak, ekspektasi dan sentuhan rakyat jelata khususnya kepada ummah dan agama Islam. Saya berasa teruja dengan majlis ini dan berharap agar dapat melibatkan ramai lagi agensi-agensi agama dan GLC seperti Tabung Haji, Bank Islam dan sebagainya untuk turut sama menyertai pertandiangan inovasi ini.’’

 

Petikan ucapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena Majlis Anugerah Inovasi Islam.

 

Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Islam 2016 anjuran Jakim melalui Bahagian Dakwah telah mencapai objektif dan sasarannya di mana melibatkan pelbagai agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri serta Jabatan Mufti Negeri. Majlis ini diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 25 Ogos 2016. Antara program yang telah dijalankan sempena majlis tersebut ialah:

 

1)     Sesi Bicara Inovasi

        ‘Inovasi Pemangkin Ummah Bestari’

         Moderator :  Ustaz Mohd Hariri bin Daud

                               Unit Indeks Syariah Malaysia

          Panel 1      : Prof Dr. Ku Halim Ku Hamid

                               Pensyarah UiTM

           Panel 2     : Prof Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman

                               Pengarah Institut Islam Hadhari

                             Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 2)   Sesi Pertunjukan Inovasi iaitu Science Show dari Pusat Sains Negara.

 

Sejurus ketibaan YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah diadakan sesi lawatan ke tapak pameran yang terdiri daripada sepuluh projek yang terbaik bagi Kategori Perkhidmatan dan Kategori Produk. Penyertaan yang telah dihantar kepada Jakim adalah sebanyak 22 penyertaan dan hanya 17 projek sahaja yang layak ke Peringkat Akhir. Projek yang telah terpilih ke peringkat akhir sebanyak 12 Kategori Perkhidmatan dan 5 projek bagi Kategori Produk.

Berikut merupakan senarai pemenang:

Kategori Perkhidmatan

1) Johan - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) (Transformasi Pengurusan Bantuan Makanan Bulanan MAIM) menerima wang tunai RM6,000, piala pusingan, piala bagi Johan dan sijil penghargaan.

2) Naib Johan – Jabatan Kehakiman Syarian (JKSM) Pulau Pinang (e-Syariah Instant Access Procedure (e-Siap) menerima wang tunai RM4,000 dan sijil penghargaan.

3) Tempat Ketiga – Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) Terengganu (Non-Physical File and Digital Signature) menerima wang tunai RM 3,000 dan sijil penghargaan.

Kategori Produk

1) Johan - Jabatan Mufti Melaka (Qiblatain) menerima wang tunai RM6,000, piala pusingan, piala bagi Johan dan sijil penghargaan.

2) Naib Johan - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) (Islamic Incinerator Mobile Machine (i2M2) menerima wang tunai RM4,000 dan sijil penghargaan.

3) Tempat Ketiga - TV Alhijrah (Portal Hijrah Media.com, Portal Interaktif Video On Demand (VOD) Islamik TV Alhijrah, menerima wang tunai RM 3,000 dan sijil penghargaan.

Satu penghargaan khas turut disampaikan kepada Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) Terengganu apabila telah dinobatkan sebagai reruai (booth) paling kreatif dan inovatif.

Perasmian telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir dan tayangan video peserta yang berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini yang telah berjaya berjalan dengan jayanya.

anugerah inovasi islam2016 1

anugerah inovasi islam2016 3

anugerah inovasi islam2016 4

anugerah inovasi islam2016 5

anugerah inovasi islam2016 6

anugerah inovasi islam2016 7

anugerah inovasi islam2016 8

anugerah inovasi islam2016 9

anugerah inovasi islam2016 11

anugerah inovasi islam2016 12

anugerah inovasi islam2016 10