Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Jakim melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kolokium Bina Sahsiah dan Organisasi kepada Pegawai dan Anggota PDRM IPK Negeri Sembilan bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Cawangan Timur (ILTIM) pada 13 hingga 16 Julai 2017. Program selama empat hari tiga malam ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam, memantapkan aqidah, syariah dan akhlak, melahirkan pegawai dan anggota PDRM yang berilmu serta bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Selain itu, program ini juga diadakan bagi memberikan pendedahan dan kemahiran tentang bagaimana untuk menjadi muslim sejati.

Pelbagai pengisian berbentuk ceramah dan aktiviti berkumpulan  telah disusun bagi memastikan objektif kolokium ini tercapai. Antaranya solat berjemaah lima waktu, Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Ice Breaking, Slot Ceramah, Bimbingan Dalam Kumpulan, Qiamullail dan Riadah yang telah dikendalikan oleh barisan penceramah dan fasilitator jemputan yang berkaliber. Para peserta telah memberikan komitmen yang amat tinggi sepanjang kolokium ini berlangsung dan amat berpuashati dengan slot ceramah dan aktiviti yang dijalankan.

Majlis Perasmian Penutup Kolokium ini telah disempurnakan oleh YDH DSP Ab. Malek bin Mohamed Monir, Ketua Jabatan Integriti & Pematuhan Standard, IPK Negeri Sembilan dan terdahulu, YBhg Ustaz Rosli bin Daud, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim merangkap Pegawai Penyelaras Kolokium telah menyampaikan Ucapan Alu-aluan mewakili Pengarah Bahagian Dakwah Jakim.

Kolokium bina sahsiah ipk N9 2

Kolokium bina sahsiah ipk N9 3

Kolokium bina sahsiah ipk N9 4

Kolokium bina sahsiah ipk N9 5

Kolokium bina sahsiah ipk N9 6

Kolokium bina sahsiah ipk N9 7

Kolokium bina sahsiah ipk N9 8

Kolokium bina sahsiah ipk N9 9

 Kolokium bina sahsiah ipk N9 10

 Kolokium bina sahsiah ipk N9 11

 Kolokium bina sahsiah ipk N9 1