Kurator Berita : Bahagian Dakwah

PANJI, KELANTAN (17 OGOS 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) telah berjaya mengadakan Pelancaran Program Rahmah Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2019.

 

Seramai lebih 800 orang yang terdiri dalam kalangan ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, agensi-agensi, Imam-imam, guru-guru takmir, pegawai & pembantu takmir, guru-guru kafa, penyelia kafa, Penyelaras-penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah, Penggerak-penggerak Masyarakat Orang Asli, Pengetua/Mudir Institusi Tahfiz & Pondok, kader-kader JAKIM di negeri telah menghadiri program ini.

 

Pelancaran Program Rahmah Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan bertujuan untuk :

 

  1. Mencapai kesatuan fikrah antara pihak kerajaan dengan para   imam, guru takmir, PPMD dan guru KAFA dalam memperkasa umat Islam di negara ini melalui penerapan nilai dan konsep rahmah;
  1. Memperkasa peranan imam, guru takmir, PPMD dan guru KAFA dalam membantu kerajaan persekutuan dan memartabatkan umat Islam di negara ini, selaras dengan pendekatan rahmatan lil ’alamin.
 

Pelbagai pengisian telah disusun antaranya :

 

a)     Sesi Bicara Multaqa Murabbi Ummah Bicara Ilmu: Pembaharuan Pentadbiran Islam yang telah disampaikan oleh Puan Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sesi Bicara ini bertujuan untuk mengetengahkan beberapa pembaharuan dan cabaran Pentadbiran Islam yang akan/telah dilaksanakan;

 

b)     Sesi Bicara & Dialog Rahmah yang dikendalikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Melalui sesi ini, peserta diberi peluang untuk berbicara secara santai dan mendapatkan penjelasan berkenaan konsep Rahmah, menyuarakan idea dan pendapat atau apa sahaja isu-isu semasa yang berkaitan dengan pentadbiran Islam masa kini;            

 

c)    Program Rakan Masjid Dan Hospital (RAMAH) anjuran JAKIM dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia telah diadakan di HUSM. Pihak HUSM yang diwakili oleh YBhg Dr. Nik Min bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Klinikal) amat menyokong terhadap penganjuran program ini. Pada masa yang sama, program ini juga melibatkan penyertaan dari Masjid Sultan Ismail Petra dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan merangkap sukarelawan yang bertindak menjadi nadi penggerak kepada pelaksanaan aktiviti bersama pihak hospital. 

 

Antara pengisian program ini ialah mengadakan lawatan RAMAH, menyantuni serta menyampaikan sumbangan hamper kepada pesakit-pesakit di hospital. Program ini diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada YBhg Dato’ Hj. Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, sebagai ucapan balas terhadap kesudian pihak HUSM untuk terus menyokong dan menyambut baik program murni yang diadakan ini di samping kesediaan HUSM untuk meneruskan kolaborasi antara masjid dengan hospital dalam usaha menyantuni para pesakit dan juga waris kepada pesakit.      

 

d)       Majlis Penyerahan Bantuan Pondok dan Tahfiz kepada Kerajaan Negeri. Bantuan sebanyak RM8,270,684.43 ini akan memberi manfaat kepada 50 buah tahfiz iaitu dengan jumlah RM3,621,958.00 dan 35 buah pondok iaitu dengan jumlah RM4,648,726.43 di seluruh negeri Kelantan.

 

Majlis Pelancaran Program RAHMAH Peringkat Negeri Kelantan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan dihadiri oleh YB Dato' Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta yang mewakili Menteri Besar Kelantan.

 

Turut hadir dalam Majlis Pelancaran tersebut ialah Yang Berbahagia Dato’ Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim mewakili Ketua Pengarah Jakim, Yang Berusaha Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Yang Berusaha Dr. Hasnan bin Haji Ramli, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan JHEAIK.

 

Majlis Pelancaran Program Rahmah Peringkat Negeri Kelantan

1

  

2

 

 3

 

Majlis Penyerahan Bantuan Pondok dan Tahfiz kepada Kerajaan Negeri

 4

 

Sesi Bicara Multaqa Murabbi Ummah Bicara Ilmu : Pembaharuan Pentadbiran Islam 

 

 

Program Rakan Masjid Dan Hospital (RAMAH)

6

 

6

 

7

 

8

 

9

 

Sesi Bicara & Dialog Rahmah

10

 

11

 

13

 

14