Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 23 Februari 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah kepada Pegawai - Pegawai dan Kakitangan JAWHAR.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah tersebut telah dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal secara atas talian melalui aplikasi zoom. Program tersebut telah disertai seramai 27 orang terdiri daripada Tuan Haji Ruslan bin Said (Ketua Pengarah JAWHAR), Tuan Suhaimi Bin Saudi (Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR), Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan JAWHAR. Program berlangsung selama 3 jam bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi penjelasan kepada semua peserta tentang aplikasi Maqasid Syariah dalam tadbir urus organisasi dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi-fungsi agensi selaras dengan lima prinsip Maqasid Syariah.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAWHAR 1

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAWHAR 2

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAWHAR 3

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAWHAR 4

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama JAWHAR 5