Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Pada 12 April 2021, Instiut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah melaksanakan Retreat Kepimpinan Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) Gred S54 dan ke Atas. Retreat ini dimulakan dengan sesi pembuka bicara oleh Dr. Nordin bin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM yang Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), seterusnya sesi heart to heart bersama Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM. Objektif utama retreat ini diadakan ialah untuk menyampaikan hasrat dan mandat Ketua Pengarah JAKIM serta pernyataan kesatuan hati semua barisan kepimpinan terhadap legasi kepimpinan atasan JAKIM yang seterusnya.
 
Retreat ini telah dihadiri oleh seramai 24 orang PHEI yang terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pengarah-Pengarah Kanan JAKIM, Pengarah-Pengarah Bahagian JAKIM, Pegawai Agama Istana Negara, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS dan Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan.
 
Program ini turut disusuli dengan Majlis Perasmian Lobi ILIM dan Pelancaran MS ISO 9001 : 2015.

Semoga program yang amat bermakna ini memberi manfaat kepada organisasi seterusnya dapat terus meningkatkan kecemerlangan JAKIM.
 
Retreat Kepimpinan Pegawai HEI Gred S54 Dan Ke Atas 1
 
Retreat Kepimpinan Pegawai HEI Gred S54 Dan Ke Atas 2
 
Retreat Kepimpinan Pegawai HEI Gred S54 Dan Ke Atas 3
 
Retreat Kepimpinan Pegawai HEI Gred S54 Dan Ke Atas 4
 
Retreat Kepimpinan Pegawai HEI Gred S54 Dan Ke Atas 5
 
Retreat Kepimpinan Pegawai HEI Gred S54 Dan Ke Atas 6
 
Retreat Kepimpinan Pegawai HEI Gred S54 Dan Ke Atas 7
 
Retreat Kepimpinan Pegawai HEI Gred S54 Dan Ke Atas 8