Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan seluruh sahabat Baginda. Saya berasa amat bersyukur kerana kita dipertemukan di halaman ini.

Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab terhadap penganjuran program-program utama berkaitan agama Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, Bahagian ini juga berperanan mewujudkan kolaborasi penyelarasan hal ehwal Islam di dalam dan luar negeri.

Oleh itu, usaha-usaha untuk menambahbaik kualiti kerja yang berteraskan kepada budaya dan nilai positif, inovasi dan kreativiti terus dijadikan platform kukuh bagi menderaskan pelunasan pelaksanaan program-program berkaitan secara optimum agar dapat memberi manfaat yang lebih efisien dan efektif.

Budaya kerja berprestasi tinggi dan kecemerlangan merupakan amalan utama bagi memastikan warga Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar terus fokus memberikan perkhidmatan terbaik serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dengan bekerja secara berpasukan dalam menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Semoga semua pihak dapat memperoleh manfaat sepenuhnya melalui perkhidmatan yang disampaikan oleh Bahagian ini secara khususnya melalui halaman ini. Bersama-samalah dengan warga Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar ke arah transformasi pembangunan ummah.

Sekian, salam hormat.

“KERJA KUAT KERJA PINTAR”


Pengarah
Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya


LATAR BELAKANG
Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar adalah gabungan Cawangan Urusetia Satu, Cawangan Urusetia Dua dan Urusetia Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan /Antarabangsa dalam Struktur Organisasi Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS) yang telah disusun semula pada 1997.

Bahagian ini diwujudkan pada asalnya adalah untuk mengendalikan hal-hal keurusetiaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, penyusunan semula fungsi Bahagian Hal Ehwal Islam telah menyeragamkan fungsi keurusetiaan di bawah satu Bahagian bagi membolehkan ia ditadbir dengan lebih cekap dan berkesan.
VISI
Mewujudkan pengurusan Islam yang berkesan di peringkat Persekutuan dan Negeri


MISI
Menjadi sumber rujukan berwibawa dalam bidang akidah, syariah dan muamalah


OBJEKTIF
Menyediakan hasil kajian yang berkualiti dan tepat bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan yang berkesan mengenai Islam
 

FUNGSI
  1. Melaksanakan penyelidikan komprehensif dalam isu-isu strategik hal ehwal Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, pendidikan, budaya dan sebagainya bagi mendapatkan asas dan input dalam pembangunan dan penyelarasan dasar, undang-undang, peraturan dan garis panduan khususnya berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam.

  2. Melaksanakan penyelidikan hukum yang komprehensif dalam isu-isu syariah, akidah, muamalah, sains, perubatan, kewangan, makanan dan minuman dan sebagainya bagi penentuan hukum dan fatwa serta garis panduan di peringkat nasional.

  3. Melaksanakan kajian tapisan dan pengawalan terhadap kandungan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam merangkumi media cetak, penyiaran dan multimedia, termasuk tafsir dan terjemahan ayat-ayat al-Quran dan Hadis.

  4. Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap penggunaan ayat-ayat al-Quran dan Hadis dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perniagaan, alam sekitar dan sebagainya sebagai panduan dan rujukan berautoriti.

  5. Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan falak dan astronomi dalam penentuan waktu solat, takwim, penentuan arah kiblat, cerapan hilal, bintang, matahari, planet dan sebagainya untuk diperakukan kepada MKI dan Majlis Raja-Raja.

  6. Menguruskan pelaksanaan Muzakarah Jawatankuasa MKI dan Mesyuarat Panel-Panel Pakar Syariah, Akidah, Tasawuf, Falak dan Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam serta jawatankuasa-jawatankuasa utama penyelidikan dan hal-hal berkaitan jawatankuasa dan panel-panel berkenaan (seperti urusan pelantikan dan kemudahan) sebagai platform perbahasan dan penentuan hukum hakam dan keputusan serta pandangan di peringkat nasional.

Carta Bahagian Penyelidikan 240122
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t dan selawat serta salam ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan Sahabat Baginda seluruhnya.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) memainkan peranan yang penting dalam membina ketamadunan sesebuah negara dan organisasi. Menyedari hakikat ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah membangun dan menggerakkan fungsi penyelidikan berasaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, merentas pelbagai bidang dan disiplin ilmu, iaitu akidah dan pemikiran, syariah dan fiqh kontemporari, al-Quran dan al-Hadith, muamalat, falak dan media. Hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan ini, diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada seluruh masyarakat serta menjadi input penting kepada kerajaan dalam membangunkan dasar dan garis panduan bagi memartabatkan syiar Islam dan mencapai kemaslahatan dalam kehidupan dan pembangunan negara.

Adalah diharapkan melalui perancangan serta penyelidikan yang strategik, khazanah ilmu-ilmu Islam dapat dibugar dan disuburkan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan dan membangunkan inisiatif-inisiatif baharu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Sekian, terima kasih.


Pengarah Kanan
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)