Selamat Datang ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)

Kepada mereka yang baru sahaja membuka laman sesawang atau ‘website’ Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), saya Ingin mengucapkan tahniah kerana mengambil langkah bijak. Pengenalan ini adalah penting untuk menentukan masa depan anda dan anak-anak anda.

IKMAS adalah sebuah institusi pendidikan tinggi yang melambangkan satu adunan padu antara ciri-ciri kerohanian dan akademik. Sebagai sebuah Institusi Islam, IKMAS memberi penekanan kepada pembentukan akhlak yang mulia, amanah, disiplin, pelaksanaan prinsip-prinsip Islam dan Integriti yang tinggi.

Sebagai sebuah institusi akademik, IKMAS memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik,kualitidan kebolehpasaranpelajar, program akademik berkualiti yang diiktiraf MQA, staf akademik yang kompeten dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang elektif.

Bagi memastikan setiap pelajar mendapat keselesaan pembelajaran yang sewajarnya, IKMAS mengambil pendekatan “mesra pelajar’ dengan menjaga kebajikan dan keperluan mereka diperingkat awal kemasukan dan membimbing mereka sehingga tamat pengajian dan seterusnya mendapat kerjaya yang sesuai.

IKMAS juga membuka ruang dengan menawarkan program kemahiran vokasional yang diperlukan oleh industri hari ini dan masa hadapan selari dengan visi dan misi IKMAS. Dengan gabungan ilmu agama dan kemahiran vokasional ini, para lepasan IKMAS juga boleh menceburi bidang kerjaya yang sangat tinggi keperluan dan permintaannya pada masa kini dan hadapan.

Bagi pihak seluruh warga IKMAS termasuk ahli-ahli lembaga Pengarah, pihak pengurusan, staf akademik dan pentadbiran serta pelajar, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke IKMAS.

 
“BERILMU, BERIMAN,BERDAKWAH”
‘Bersama Menjulang Kecemerlangan”