Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 12 April 2018 – Institut Latihan Islam Malaysia menerusi beberapa Klusternya telah menganjurkan kursus di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) yang menggabungkan 3 kursus iaitu Kursus Akidah Islamiyyah, Kursus Pengurusan Halal dan Kursus Pengurusan Dakwah Strategik.

Kursus ini telah dihadiri oleh lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam gred 41 dan 44 lantikan Jakim dan diadakan pada 10 hingga 12 April 2014. POL ini bermatlamat untuk menyediakan anggota perkhidmatan awam yang berkebolehan dan berkeupayaan melakukan sesuatu tugas dengan cepat dan menepati standard umum yang ditentukan.

Perlaksanaan kursus-kursus tersebut juga adalah bagi melahirkan pegawai agama yang memiliki kefahaman mendalam mengenai kaedah pengurusan dakwah yang strategik, mahir mengenai prosedur dan perundangan pensijilan halal Malaysia dan berkeupayaan mengenalpasti bentuk ancaman aliran yang menyalahi ahli al-Sunnah wa al-Jamaah terhadap akidah dan keselamatan negara.

Diharapkan agar POL ini berupaya melahirkan pegawai agama sekaligus pendakwah yang mampu mempraktikkan strategi dan pendekatan dakwah yang berkesan, berupaya membangunkan keupayaan berkomunikasi serta membangunkan keupayaan memahami, merancang dan menganalisis tugasan di samping kebolehan menyelia, mengurus dan mentadbir.

pol1

pol2

pol3

pol4

pol5

pol6