Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 19 April 2018 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid telah menganjurkan Kursus Standard Penarafan Masjid Malaysia pada 17 hingga 19 April 2018 bertempat di Bilik al-Biruni, Blok Akademik B, ILIM Bangi.

Kursus yang diadakan selama 3 hari ini melibatkan seramai 40 orang Imam dari seluruh masjid di Malaysia.  Ianya bertujuan meningkat kemahiran pengurusan dan pengimarahan masjid dan mempraktikkan amalan Standard Penarafan Masjid Malaysia.

Antara modul pengisian kursus ini seperti berikut :

  • Pengenalan Standard Penarafan Masjid Malaysia
  • Pengurusan Organisasi Masjid
  • Pengimarahan
  • Kemudahan Prasarana
  • Persekitaran
  • Penyediaan Laporan Penilaian

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Aderi Che Noh, Pensyarah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ustaz Ruslan Ibrahim, Perunding Latihan Kanan, ILIM.

Menjadi harapan agar kursus ini berupaya melahirkan modal insan yang mampu mengurus masjid melalui pendekatan dan strategi yang berkesan.

 

masjid1

masjid2

masjid3

masjid4

masjid5