Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 5 Mac 2019 – Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (Ia mengadakan) tanda panduan jalan dan dengan bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.” (An-Nahl: 16). Peranan ilmu falak sangat luas dalam konteks alam semesta kerana ia menyediakan alamat, petanda dan petunjuk bagi menghadapi fenomena alam yang sentiasa berubah-ubah.

Melalui ilmu dan kepakaran dalam bidang ini, manusia akan menjadi lebih bersedia dalam segenap hal kerana ilmu falak membicarakan dua perkara penting untuk diteliti, iaitu masa dan tempat.

ILIM Kampus Utama Bangi melalui inisiatif Kluster Turath dan Tamadun Islam dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan JAKIM telah mengadakan Bengkel Garis Panduan (SOP) Cerapan Hilal pada 4 hingga 5 Mac 2019 di ILIM Kampus Utama.

Antara perkara yang dibincangkan dalam bengkel 2 hari tersebut ialah semakan SOP cerapan hilal dan kiblat dalam agenda menaik taraf ilmu serta jaminan kualiti dalam semua aktiviti falak.

ILIM juga berhasrat akan melaksanakan Kursus Kemahiran Pengendalian Teleskop bagi meningkatkan kompetensi pegawai hal ehwal Islam dalam menguasai bidang falak ini.

Bengkel Garis Panduan SOP Cerapan Hilal Kiblat2

Bengkel Garis Panduan SOP Cerapan Hilal Kiblat3

Bengkel Garis Panduan SOP Cerapan Hilal Kiblat1