Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Pada 22 Jun 2016, Bahagian Dakwah Jakim melalui unit Musibah dan Bencana  telah tampil meneruskan misi bantuan kepada pihak pengurusan Madrasah Al-Diniah Al-Bakriah Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Sebuah bangunan 2 tingkat yang menempatkan pelajar muslimat Pondok Pasir Tumboh musnah terbakar dalam suatu kejadian kebakaran kira-kira jam 5.30 petang 17 Jun 2016. Kesemua penghuni terselamat yang kebanyakannya pelajar yang mengikuti daurah bulan Ramadan. Kediaman pondok tersebut dihuni oleh pelajar dari dalam dan luar negara.

Program Ziarah Dakwah dan penyampaian sumbangan ini dihadiri oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Turut hadir bersama YBhg Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, YBhg Dr Hasnan bin Ramli, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan juga Ustaz Ruslan bin Said, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim.

Majlis tersebut dimulai dengan taklimat ringkas dari pihak pengurusan pondok berkaitan kejadian dan latar belakang pondok, kemudian para tetamu yang hadir turut dibawa melawat tempat kejadian kebakaran. Seterusnya delegasi ziarah ini turut menunaikan solat zuhur berjemaah bersama 500 penduduk tempatan di Masjid Pondok Pasir Tumboh. YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki berbesar hati menyampaikan tazkirah ringkas dan ucapan dalam majlis tersebut sebelum penyampaian wang sumbangan berjumlah RM10,000.00 kepada pengerusi jemaah tadbir pusat pembangunan Pondok Bhd.

Jakim prihatin musibah pondok 01

 

Jakim prihatin musibah pondok 3

Jakim prihatin musibah pondok 02

 Jakim prihatin musibah pondok 5

Jakim prihatin musibah pondok 4

 Jakim prihatin musibah pondok 6

 Jakim prihatin musibah pondok 7