Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
MESYUARAT PANEL PAKAR SYARIAH KALI KE-95 BINCANG
MENGENAI MAKANAN HARAM SEMASA TENTERA MENJALANI LATIHAN SURVIVAL
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kali Ke-95 telah diadakan pada 24 Mei 2017 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia dengan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Haji Hassan bin Ahmad, Mantan Mufti Negeri Pulau Pinang. Turut menghadiri mesyuarat SS Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor, SS Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, Mufti Negeri Pahang.
 
Mesyuarat pada kali ini merupakan mesyuarat kali kedua bagi tahun 2017, yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sidang mesyuarat telah membincangkan dua kertas kajian hukum dan mendengar tiga taklimat daripada agensi yang berkaitan. Kesemua ahli panel memberikan komitmen penuh dalam menghasilkan sighah yang mantap dengan melontarkan idea-idea dan komen yang membina daripada pelbagai aspek.
 
Mesyuarat pada kali ini juga mendapat kerjasama yang amat baik daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku pihak yang menimbulkan persoalan berkaitan makanan haram semasa anggota pelatih menjalani latihan survival. Kesedaran untuk melaksanakan modul latihan mengikut acuan Islam dengan menitikberatkan halal haram adalah satu tindakan yang patut dipuji untuk kebaikan bersama.
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 95 1
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 95 2
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 95 3
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 95 4