Kurator Berita : Unit Integriti

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 28 Jun 2018 yang lalu telah mengumumkanpelantikan Felo Integriti Jakim dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jakim Bulan Jun 2018. Felo tersebut ialah Encik Shamsul Bahar bin Shajian, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perhubungan Jakim. Penyerahan surat pelantikan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah Jakim. Turut hadir sama menyaksikan pelantikan tersebut ialah YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) dan YBhg. Encik Masri bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).

Pelantikan Felo Integriti ini adalah berdasarkan kelayakan beliau sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di samping pengalaman dan sumbangan beliau dalam pengurusan integriti di agensi lain. Antara tujuan pelantikan beliau ialah sebagai pakar rujuk jabatan dalam pengurusan dan pembudayaan integriti.

 

F1

Sejurus selepas acara pelantikan Felo Integriti, satu Forum Integriti telah diadakan dengan tajuk “Kembali Fitrah”. Forum yang yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd. Hariri bin Mohamad Daud selaku moderator, telah menampilkan dua orang panel yang terkemuka iaitu Tan Sri Haji Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Mantan Ketua Polis Negara dan Professor Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, Pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Semoga program sebegini akan meningkatkan lagi kesedaran integriti dalam kalangan warga Jakim seterusnya mencapai objektif yang disasarkan.

F2

F3

F4