Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 14 Mac 2019 – Pengurusan institusi kekeluargaan yang cemerlang merupakan nadi dalam pembangunan modal insan dalam kemajuan sesebuah masyarakat. Di samping itu juga, khidmat sokongan proses pernikahan, kaunseling dan kehakiman Islam yang cekap amat diperlukan bagi mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta berupaya mewujudkan pengurusan rekod yang efisyen.

ILIM pada tahun ini memperkenalkan Kursus Kemahiran Undang-Undang Keluarga Islam menjurus kepada Pengurusan Nikah Cerai dan Rujuk pada 12 hingga 14 Mac kepada 32 orang pegawai hal ehwal Islam dari setiap jabatan agama Islam negeri.

Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran terhadap kebolehupayaan mentadbir urus dokumentasi pengurusan nikah, cerai dan rujuk dalam organisasi dengan cekap dan betul. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kemahiran untuk melatih kecekapan dalam mengendalikan kes-kes nikah dengan betul dan cepat.

Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam, ILIM telah membawakan beberapa orang penceramah undangan dari Jabatan Agama Islam Negeri seperti Puan Nazihan binti Idris dan Encik Mohd Abd Nasir bin Abdullah, masing-masing dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Encik Zainizam bin Zailan dari Jabatan Agama Islam Selangor

Tidak ketinggalan Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Profesionalisme ILIM turut hadir berkongsi ilmu dengan peserta bersama Encik Tajul Urus bin Abdul Halim juga turut diundang dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Selama 3 hari berkursus, peserta berpeluang mendalami kemahiran interaksi dakwah menerusi penampilan dan personaliti serta komunikasi dan kepimpinan Daie. Mereka juga turut didedahkan dengan dakwah melalui medium teknologi.

 Pengurusan Nikah Cerai dan Rujuk1

Pengurusan Nikah Cerai dan Rujuk2