Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

14 Jun 2017 – Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Kemahiran Pegawai Penguatkuasa Agama Siri I/2017 pada 14 dan 15 Jun 2017 bertempat di JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya. Bengkel ini melibatkan semua Pegawai Penguatkuasa Agama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Objektif bengkel ini adalah meningkatkan kemahiran dan profesionalisme peserta untuk mentransformasi kerjaya dalam bidang penguatkuasaan. Pada sesi hari pertama pengisian bengkel adalah berkaitan dengan tugasan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama. Antara tajuk yang dibincangkan ialah Penyediaan Diari Siasatan dan Kertas Siasatan yang disampaikan oleh Tuan Mohamad Abazafree bin Mohd Abbas, Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Jabatan Peguam Negara (JPN). Manakala pada hari kedua pula, pengisian bengkel adalah berkaitan tugasan Pegawai Penguatkuasa Agama di lapangan iaitu melaksanakan operasi kesalahan Jenayah Syariah di sekitar Putrajaya yang dikendalikan oleh Tuan Haji Rahimin bin Bani, KPPA JAIM sebagai Fasilitator.

Seramai 40 orang Pegawai Penguatkuasa Agama yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama, JAWI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, JAWI Cawangan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan JAWI Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan telah menghadiri bengkel ini. Seterusnya Majlis Perasmian Penutup pada hari terakhir bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM.

 bengkel ppa1

 

bengkel ppa2

 

bengkel ppa3

 

bengkel ppa4

 

bengkel ppa5

 

bengkel ppa6 copy

 

bengkel ppa7

 

bengkel ppa8

 

bengkel ppa9

 

bengkel ppa10

 

bengkel ppa11