WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
MAJLIS PENGIJAZAHAN PERUBATAN & PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ SESI 2020
DAN
MAJLIS PENGANUGERAHAN DARUL QURAN JAKIM
PADA 3 OKTOBER 2020

Seramai 80 orang peserta Kursus Perawatan Islam Darussyifa’-Darul Quran bakal diraikan dalam Majlis Pengijazahan Perubatan & Pengubatan Islam Darussyifa’ Sesi 2020 Dan Majlis Penganugerahan Darul Quran yang akan diadakan pada 3 Oktober 2020. Kursus Perawatan Islam ini merupakan program kerjasama antara Darul Quran dengan Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’).
 
2. Majlis yang akan diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.
 
3. Kursus Perawatan Islam Darussyifa’-Darul Quran dicadangkan pelaksanaannya supaya ia menjadi nilai tambah kepada para pelajar Darul Quran dengan mengaplikasikan ayat-ayat al-Quran yang sudah sedia dihafaz untuk tujuan pengubatan Islam melalui ruqyah syar’iyyah.
 
4. Usaha dalam meramaikan pengamal-pengamal pengubatan Islam yang sahih ini secara tidak langsung dapat membasmi “tok bomoh-tok bomoh” atau “ustaz-ustaz palsu” yang suka mengambil kesempatan kepada masyarakat dengan mengaut keuntungan atas nama pengubatan Islam.

5. Di samping acara pengijazahan kepada para peserta Kursus Perawatan Islam Darussyifa’-Darul Quran, majlis ini juga ada tiga (3) agenda utama yang lain iaitu:
  • penyampaian Anugerah-Anugerah Kecemerlangan Darul Quran;
  • penyampaian Sijil ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 bagi Sistem Pengurusan Kualiti serta Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah oleh pihak SIRIM; dan
  • pelancaran buku terbitan Darul Quran yang bertajuk: Sejarah & Perkembangan Pendidikan Tahfiz Al-Quran di Malaysia: Edisi 2.
6. Dalam usaha memeriahkan penganjuran majlis ini, pihak urus setia dari JAKIM dan Darul Quran akan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terus dipatuhi bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
 
 
Sekian.
 
DATO’ PAIMUZI BIN YAHYA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
1 Oktober 2020
 
 
 



QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 27 November 2020.
Jumlah Pelawat :12480530