WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

 
 
LOGO JAKIM OUTLINE
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

OPERASI TIGA MASJID UTAMA DI BAWAH JAKIM SEPANJANG TEMPOH PKPB

1. Sukacita dimaklumkan, bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober 2020 seperti yang diumumkan kerajaan, JAKIM ingin memaklumkan bahawa operasi di tiga buah masjid utama di bawah pentadbiran JAKIM iaitu, Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah seperti berikut :
 
  1. Semua program pengimarahan seperti kuliah, ceramah, kelas pengajian adalah ditangguhkan;

  2. Solat berjemaah lima waktu dijalankan secara terhad kepada tidak lebih 20 orang jemaah yang akan ditentukan berdasarkan jemputan pihak masjid sahaja; dan

  3. Solat Jumaat akan diadakan dengan kehadiran jemaah terhad kepada 50 orang yang akan ditentukan berdasarkan jemputan pihak masjid.

 

Sekian, terima kasih.

DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
15 Oktober 2020
 
 
 



QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 27 November 2020.
Jumlah Pelawat :12480531