jata negara small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

ISU TAULIAH MENGAJAR

Bil. 1/2023

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian terhadap isu tauliah mengajar agama Islam yang hangat diperkatakan di media pada ketika ini. Terdapat dakwaan yang mengaitkan isu tauliah ini melibatkan campur tangan pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM.

  2. Ingin ditegaskan, bahawa tauliah mengajar adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang sedia ada. Adalah dinafikan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM mencampuri urusan tauliah mengajar agama Islam di negeri-negeri seperti yang didakwa.

  3. Semua pihak adalah dipohon untuk akur serta menghormati sebarang ketetapan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.


Sekian terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
6 Mac 2023