Assalamualaikum wrt wbt dan selamat sejahtera.
 
Segala puji hanya bagi Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.
 
Inisiatif berkaitan halal mempunyai potensi besar dan dikenalpasti sebagai sumber baharu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Penubuhan Majlis Halal Malaysia (MHM) merupakan satu platform penyelarasan bagi mengupaya dan memperkasakan inisiatif-inisiatif pembangunan halal secara holistik bagi mencorakkan lonjakan baru halal Malaysia di persada dunia. Kewujudan MHM juga menyumbang ke arah peningkatan sosio-ekonomi negara serta agenda pengantarabangsaan.
 
Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM bertanggungjawab dalam membangunkan Dasar Halal Negara yang merangkumi aspek pensijilan, pengiktirafan badan pensijilan antarabangsa, rumah sembelih luar negara, bilateral dan multilateral serta pengharmonian pensijilan halal global.
 
Disamping itu, Sekretariat MHM juga berperanan penting dalam pembangunan dasar profesionalisma dan tenaga mahir halal, pembangunan modal insan, bank data kajian halal, pusat rujukan inovasi dan teknologi serta promosi halal malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa
 
Semoga semua usaha ini akan meningkatkan lagi kualiti Halal Malaysia seterusnya mengekalkan Malaysia sebagai peneraju halal global serta mendapat keredhaan dari Allah SWT.
 
Sekian, terima kasih.
 
Wassalam.
 
"MELEBAR RISALAH MENYANTUNI UMMAH"
"YAKINI HALAL MALAYSIA"

Pengarah,
Sekretariat Majlis Halal Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia