Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya


LATAR BELAKANG
Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar adalah gabungan Cawangan Urusetia Satu, Cawangan Urusetia Dua dan Urusetia Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan /Antarabangsa dalam Struktur Organisasi Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS) yang telah disusun semula pada 1997.

Bahagian ini diwujudkan pada asalnya adalah untuk mengendalikan hal-hal keurusetiaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, penyusunan semula fungsi Bahagian Hal Ehwal Islam telah menyeragamkan fungsi keurusetiaan di bawah satu Bahagian bagi membolehkan ia ditadbir dengan lebih cekap dan berkesan.