WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

TADABBUR KALAMULLAH 20 SYAWAL 1441H
IKUTILAH PETUNJUK AL-QURAN
 
 
یَهۡدِی بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَ ٰ⁠نَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ وَیُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ وَیَهۡدِیهِمۡ إِلَىٰ صِرَ ٰ⁠طࣲ مُّسۡتَقِیمࣲ
"Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus".
[Surah al-Ma'idah 16]
 
Di dalam ayat ini Allah SWT menjanjikan 3 manfaat bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk al-Quran:
 
1. Menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan (jalan yang membawa ke syurga) kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya (kebenaranNya).
2. Mengeluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang.
3. Menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
 
Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang mengikuti petunjuk al-Quran nescaya dia berada di atas jalan kebenaran dan sentiasa dalam bimbingan Allah SWT serta beroleh kebahagiaan di negeri akhirat.
 
إِنَّ هَـٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ
"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) serta memberikan berita gembira buat orang-orang yang beriman”.
[Surah al-Isra’ 9]
 
Daripada Sayidina Jabir bin Abdillah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
“Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah, sebaik-sebaik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW, seburuk-buruk perkara adalah perkara baru yang direka (tiada asal di dalam agama) dan setiap bid’ah (perkara baru) itu adalah sesat”.
(HR Muslim)
 
Hayatilah firman Allah SWT ini:
 
كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَیۡكَ مُبَـٰرَكࣱ لِّیَدَّبَّرُوۤا۟ ءَایَـٰتِهِۦ وَلِیَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" [Surah Sad 29]
 
Al-Quran merupakan satu anugerah daripada Allah SWT kepada kita dan menjadi kitab petunjuk serta hidayah bagi kita sepanjang masa. Tidak ada kalam yang dapat menandingi al-Quran. Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang Maha Sempurna. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang sentiasa kasih dan cinta kepada al-Quran, sentiasa membaca dan beramal dengan segala kandungannya. Aamiiin.
 
 
 



QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 27 November 2020.
Jumlah Pelawat :12480619