Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 18 Februari 2021 - Selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Februari, telah berlangsungnya Kursus Komunikasi Dakwah secara atas talian. Kursus anjuran Kluster Pengurusan Hal Ehwal, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi ini telah menarik minat 73 orang serta daripada pelbagai agensi di seluruh negara.

Penceramah yang telah dijemput untuk mengisi enam slot sepanjang kursus ini ialah Dr. Rosmawati Mohamad Rasit dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara topik yang dikupas ialah metode komunikasi dakwah, peranan komunikator Islam dan teknologi maklumat sebagai medium komunikasi dakwah.

Semoga para peserta dapat menerapkan ilmu komunikasi dakwah ini dalam kehidupan agar ia bermanfaat untuk umat sejagat.

Kursus Komunikasi Dakwah Tingkat Kompetensi Peserta 1

Kursus Komunikasi Dakwah Tingkat Kompetensi Peserta 2

Kursus Komunikasi Dakwah Tingkat Kompetensi Peserta 3

Kursus Komunikasi Dakwah Tingkat Kompetensi Peserta 4