Bahagian Maqasid Syariah JAKIM telah menerbitkan beberapa buku untuk panduan dan pemahaman awam tentang Maqasid Syariah dalam tadbir urus, kehidupan dan sebagainya. Oleh yang demikian, laman e-book Maqasid Syariah ini disediakan untuk kemudahan kepada orang awam untuk mengakses buku-buku tersebut dalam bentuk pdf dan flipbook.
Minda Maqasid
Muat Turun
Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera
Muat Turun
Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam
Muat Turun
Laporan Persidangan Eksekutif Minda Maqasid (Al-Tafkir Al-Maqasidiy)
Muat Turun
Sinopsis Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam
Muat Turun
Laporan Tahap Pemahaman Maqasid Syariah Dan Malaysia Madani
Muat Turun
Perpaduan dan Keharmonian berteraskan Maqasid Syariah
Muat Turun
Ruangan FAQ Maqasid adalah bertujuan untuk memberikan penjelasan dan pemahaman kepada masyarakat awam tentang soal jawab berkaitan Maqasid Syariah.
 
 
Minda Maqasid
Info Ringkas Maqasid Syariah
...

Pelopor Maqasid Syariah




Isu semasa berdasarkan perspektif Maqasid Syariah dan Siyasah Syar’iyyah

 
 

Kit Maqasid

...
Kit Maqasid
Muat Turun
Pembangunan sesebuah negara adalah dipacu berasaskan sistem nilai, amalan dan pemikiran. Menyedari hakikat ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM)  melalui Bahagian Maqasid Syariah telah membangunkan Maqasid Syariah berfungsi sebagai teras dan kerangka asas dalam tadbir urus negara yang inklusif dan progresif. Aplikasi Maqasid Syariah menekankan kepentingan pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta bagi mencapai kemaslahatan dalam kehidupan.
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Titah Baginda sempena istiadat pembukaan Parlimen Penggal Ketiga pada 18 Mei 2020 telah menggariskan agar pentadbiran negara dipacu oleh prinsip Maqasid Syariah.
 
Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan melalui strategi 3P iaitu penjelasan, pembudayaan dan pengukuhan. Kaedah penjelasan dan pembudayaan dilaksanakan melalui jalinan strategik antara JAKIM dan agensi di peringkat persekutuan dan negeri.
 
Matlamat ini terangkum dalam Maqasid Syariah bagi memandu program pembangunan negara yang akhirnya memberi rahmat dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.
 
Sehubungan dengan itu, MyMaqasid diwujudkan dalam laman web JAKIM yang mengandungi hebahan dan bacaan berbentuk infografik/ video pendek/ bahan bacaan/ artikel/ buku yang disediakan dalam talian untuk faedah umum selaras dengan perkembangan teknologi. Melalui kemudahan ini orang awam boleh mengakses maklumat mengenai Maqasid Syariah khususnya dalam kerangka asas tadbir urus negara.