Bagi menyahut saranan dan komitmen pihak atasan agar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diperkasakan, JAKIM melalui Bahagian Pendidikan telah mentransformasikan kaedah penyediaan buku teks KAFA JAKIM dengan melantik penulis-penulis yang berkelayakan untuk menyediakan isi kandungan buku teks.
Bagi tujuan pengesahan dan penambahbaikan isi kandungan buku teks tersebut, Bengkel Semakan Pruf Isi Kandungan Buku Teks KAFA JAKIM bagi tahun 2 dan 3 untuk diguna pakai pada tahun 2021 telah dilaksanakan. Bengkel ini telah diadakan di The Straits Hotel and Suite Melaka pada 4 hingga 7 Ogos 2020. Seramai 40 orang penyemak telah memberikan komitmen yang padu dalam menyemak, mengesah dan memperaku semua isi kandungan bagi 8 subjek utama iaitu Tilawah al-Quran, Hifz al-Quran, Akidah, Ibadah, Adab, Sirah, Bahasa Arab dan Jawi dan Khat berpandukan kepada Kurikulum KAFA JAKIM 2.0.
Semoga buku teks ini akan berada dipasaran mengikut tempoh masa yang ditetapkan.