KUALA LUMPUR (5 SEPTEMBER 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah dengan Masjid Putra, Putrajaya dan Persatuan Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia telah menganjurkan Program Santuni Dan Lawatan Ramah Mesra Orang Kelainan Upaya (Penglihatan) yang bertempat di pusat aktiviti PERTIS Kuala Lumpur.
Antara pengisian program adalah perkongsian ilmu oleh Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, Pegawai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk "Indahnya Hidup Bersyariat" dan Ramah Mesra bersama Ahli PERTIS;
Majlis Perasmian dan Penyampaian Cenderamata telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Karim Zakaria mewakili Imam Besar Masjid Putra kepada Pengerusi PERTIS, Kuala Lumpur.