Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit Indeks Syariah Malaysia telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengetuai penyelidikan Indeks Syariah Malaysia bagi kali kedua tahun 2017 selepas penyelidikan ISM kali pertama pada tahun 2015. Sebanyak 6 buah Universiti Awam telah dipilih untuk menjalankan kajian dalam 8 bidang pengukuran. Namun, pada tahun ini satu bidang dikembangkan untuk melihat skor persepsi masyarakat yang akan dijalankan oleh UiTM. 8 Bidang tersebut adalah :
UIAM - Bidang Perundangan
UKM - Bidang Pendidikan
UUM - Bidang Politik
USIM - Bidang Ekonomi dan Bidang Kesihatan
UTM - Bidang Sosial, Bidang Budaya dan Bidang Prasarana Persekitaran
UiTM - Persepsi Masyarakat
Sehubungan itu, satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Indeks Syariah Malaysia 2017 telah diadakan pada 29 November 2016 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Y.Bhg Tan Sri Ketua Pengarah Jakim, Dato' Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) jakim dan Naib-Naib Canselor Universiti Awam. Penyelidikan ini akan bermula Disember 2016 dan dijangka siap pada akhir tahun 2017 seterusnya dibentangkan pada wal 2018.