Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 18 April - Usaha memantapkan promosi dan kesedaran berkaitan pensijilan halal Malaysia diteruskan dengan mesyuarat perkhidmatan penerbitan video panduan pensijilan halal Malaysia yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Syarikat Hundo Kreatif Sdn Bhd selaku pihak yang diamanahkan dalam membangunkan video berkaitan halal menjurus kepada perbincangan berkaitan perincian gerak kerja penerbitan video panduan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Nasir Sulaiman dari Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dan turut melibatkan pegawai kanan dari Seksyen Proses, Puan Asiah Alkharib Shah dan pegawai-pegawai dari SKK BPH.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiatheWorldFirstClass

#HalalConnectingtheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

MESYUARAT VIDEO UTAMA 18042019

MESYUARAT VIDEO 2 18042019

MESYUARAT VIDEO 3 18042019