Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
 
 

Kebelakangan ini, media arus perdana sering kali memaparkan tindakan luar kawalan yang diambil oleh wanita ekoran daripada tekanan emosi dan kemurungan. Menyedari kepentingan menjaga emosi wanita bagi memastikan kesejahteraan institusi keluarga, maka Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Wanita 2019: Wanita Bahagia Keluarga Rahmah pada 26 September 2019 di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

Penganjuran seminar ini merupakan program tahunan yang diadakan bagi memberi kefahaman dan sebaran ilmu pengetahuan kepada masyarakat mengenai isu-isu berkaitan wanita dalam aspek kekeluargaan, sosial dan kemasyarakatan. Bagi tahun 2019, seminar ini telah mengangkat isu pengurusan emosi dalam kalangan wanita melalui temanya, iaitu Wanita Bahagia Keluarga Rahmah.

Pelaksanaan seminar ini dijayakan menerusi diskusi yang dimudahcara oleh Puan Yuhaniz binti Mohd Yusop, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai moderator. Manakala tiga orang panel yang terlibat bagi ialah:

i) Pakar Psikiatri Universiti Malaya

ii) Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

iii) Pendakwah Bebas, merangkap Duta Rahmah

Selain membincangkan aspek pengurusan emosi wanita dari aspek kesihatan oleh YBrs. Dr. Zuraida binti Ahmad Sabki, diskusi ini turut membawa para peserta seminar menelit sejauhmana pandangan Islam terhadap kepentingan menjaga emosi wanita serta kaedah rawatan dan tip bagaimana untuk memastikan kesejahteraan emosi wanita agar tidak terjebak dengan gekala kemurungan. Panel diskusi telah bersetuju merumuskan bahawa kepentingan menjaga emosi wanita perlu dimainkan oleh semua pihak yang terlibat dalam ekosistem wanita terbabit, iaitu suami, keluarga, majikan dan khidmat sokongan keluarga lainnya. Wanita juga perlu cakna untuk mengenalpasti gejala kemurungan yang dialami dan seterusnya merujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan.

Selain seminar, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut terlibat membuka kaunter pameran dan khidmat nasihat bagi menyampaikan penyampaian maklumat mengenai khidmat nasihat yang ditawarkan menerusi BSK, JKSM untuk peserta seminar yang hadir.

Mengakhiri acara, YBhg. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM telah hadir mewakili YBhg. Datuk Muhammad Nordin bin Ismail, Ketua Pengarah JAKIM untuk merasmikan acara penutupan program. Beliau menyarankan agar semua peserta seminar mengambil manfaat yang sebaiknya menerusi penyampaian diskusi yang telah diadakan demi memastikan kestabilan dan keharmunian institusi keluarga.

IMG20190926102049

IMG20190926113455

IMG20190926101030

IMG20190926122823

IMG20190926121825

 

Disediakan Oleh:

Unit Praperkahwinan Islam

Cawangan Pembangunan Keluarga

Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM