Kurator Berita : Bahagian Dakwah
26 September 2021, Ahad - Pada hari ini, YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA) turun padang dalam gerak kerja bersama Agensi Agama di bawah YB Menteri di JPM iaitu JAKIM, Yayasan Taqwa, YADIM, YaPEIM, dan Kerajaan Negeri Terengganu menyantuni golongan terkesan B40, orang asli dan institusi pondok di daerah Hulu Terengganu.

Destinasi pertama, YB Menteri menyantuni masyarakat orang asli di Kg. Sg. Berua, Kuala Berang dengan menyampaikan bakul makanan serta sumbangan pembaikan surau kampung tersebut. Replika cek bernilai RM5,000.00 diserahkan oleh YB Menteri kepada Tok Batin Rosli bin Desoh.

Sumbangan Tabung Musaadah Untuk Surau Kampung Orang Asli Hulu Terengganu 1

Sumbangan Tabung Musaadah Untuk Surau Kampung Orang Asli Hulu Terengganu 2

Sumbangan Tabung Musaadah Untuk Surau Kampung Orang Asli Hulu Terengganu 3

Sumbangan Tabung Musaadah Untuk Surau Kampung Orang Asli Hulu Terengganu 5

Sumbangan Tabung Musaadah Untuk Surau Kampung Orang Asli Hulu Terengganu 6


Destinasi berikutnya Madrasah Darul Ansar Kg. Basung, YB Menteri menyampaikan sumbangan musa'adah kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah, institusi pendidikan (madrasah) dan beberapa persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan. Dalam majlis ini, JAKIM menyumbang kepada Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu (Warga Cakna). Replika cek bernilai RM15,000.00 diserahkan oleh YB Menteri kepada Saudara Muhammad Hagia Sofia bin Mohd mewakili Warga Cakna.

Hadir sama dalam majlis simbolik penyerahan sumbangan musa'adah ini ketua-ketua agensi iaitu Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Dato' Mohd. Reza Shah bin Abdul Wahid, Pengerusi YaPEIM dan Tuan Haji Nasruddin bin Hassan, Yang Dipertua YADIM. Manakala, Kerajaan Negeri Terengganu dihadiri oleh YB Ustaz Mohd. Nor bin Hamzah, Exco Agama Terengganu, Ustaz Md. Rozi bin Bidin, KPE MAIDAM, Ustaz Mohamad Ridwan bin Mohd Nor, Timbalan Pesuruhjaya JHEAT dan para tetamu undangan.

Sumbangan Tabung Musaadah Untuk Surau Kampung Orang Asli Hulu Terengganu 7

Sumbangan Tabung Musaadah Untuk Surau Kampung Orang Asli Hulu Terengganu 8

Sumbangan Tabung Musaadah Untuk Surau Kampung Orang Asli Hulu Terengganu 9

Sumbangan Tabung Musaadah Untuk Surau Kampung Orang Asli Hulu Terengganu 10

Sumbangan Tabung Musaadah Untuk Surau Kampung Orang Asli Hulu Terengganu 11