Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 7 Oktober 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Webinar Keluarga: Rumah Dah Siap Pahat Berbunyi secara dalam talian pada hari Khamis bertarikh 7 Oktober 2021 bersamaan 30 Safar 1443H, jam 10.00 pagi sehingga 12.20 tengah hari melalui platform Google Meet dan FB Live ILIM.

Webinar ini diadakan bertujuan mendedahkan peserta ilmu kekeluargaan untuk dijadikan panduan membina keluarga yang sejahtera, mempelajari pengalaman tentang isu-isu rumahtangga yang menghalang pembinaan keluarga sejahtera dan menjadikan sunnah kehidupan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan rumahtangga yang bahagia di dunia dan di akhirat. Perkongsian berkenaan dimensi perkahwinan dan rumahtangga disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Noorazman bin Amat, Ketua Penolong Pengarah merangkap Ketua Kaunselor, Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Webinar ini telah mencapai kehadiran seramai 108 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam JAKIM/MAIN/JAIN, Pegawai di agensi-agensi di JPM, Pegawai di kementerian/jabatan kerajaan, Pelajar di IPTA/IPTS serta masyarakat awam. Peserta yang hadir sangat responsif sepanjang webinar berlangsung dan telah memberi maklumbalas yang sangat baik.

Semoga webinar ini berjaya mencapai matlamatnya dalam menjadi pemangkin kepada pemahaman berkaitan kekeluargaan yang lebih mendalam di kalangan semua lapisan masyarakat.

Webinar Keluarga Rumah Dah Siap Pahat Berbunyi 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/890-webinar-keluarga-rumah-dah-siap-pahat-berbunyi