Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
Golongan asnaf, B40 dan pihak yang terkesan dengan Covid-19 di Pulau Tuba, Langkawi Kedah Darul Aman telah menerima bantuan sempena Program Ziarah Musaadah Menyantuni Asnaf dan Penduduk Pulau Tuba pada 18 hingga 20 November 2021.

Program ini adalah anjuran bersama JAKIM, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Yayasan Taqwa MAIWP. Majlis Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh Dato' Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM dan Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Program Ziarah Musaadah ini diserikan dengan pengisian rohani Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh di beberapa masjid di Pulau Tuba. Inisiatif murni oleh JAKIM, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Yayasan Taqwa MAIWP ini juga adalah manifestasi dari pendekatan Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.

Agensi Agama Turun Padang Sampaikan Bantuan Kepada Penduduk Langkawi 1

Agensi Agama Turun Padang Sampaikan Bantuan Kepada Penduduk Langkawi 2

Agensi Agama Turun Padang Sampaikan Bantuan Kepada Penduduk Langkawi 3

Agensi Agama Turun Padang Sampaikan Bantuan Kepada Penduduk Langkawi 4