Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 26 November 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama Bahagian Reformasi Sektor Awam MAMPU telah mengadakan sesi Libat Urus Maqasid Syariah bersama warga MAMPU. Libat urus yang berlangsung melalui aplikasi zoom ini berlangsung selama 2 jam bermula 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

YBrs. Dr. Yap Hock Ann, Pengarah Bahagian Reformasi Sektor Awam MAMPU telah menyampaikan kata-kata aluan dengan mengajak semua peserta untuk memahami dan mengambil manfaat sebaik mungkin terhadap konsep dan aplikasi Maqasid Syariah dalam tadbir urus organisasi. Sesi pembentangan bertajuk “ Konsep Dan Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Pengurusan dan Pentadbiran” telah dikendalikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM. Seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada warga MAMPU Cawangan Putrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak telah menyertai sesi libat urus ini.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas dan menjadi titik permulaan kepada semua peserta untuk membuka minda masing-masing ke arah pelaksanaan fungsi, inisiatif serta program jabatan berasaskan kerangka Maqasid Syariah.

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MAMPU 1

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MAMPU 2

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MAMPU 3

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MAMPU 4

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MAMPU 5

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MAMPU 6

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MAMPU 7

Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MAMPU 8