Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Unit Orang Kena Pengawasan (OKP) Dadah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan Program Outreach Rakan Setia Komuniti Orang Kena Pengawasan (OKP) Dadah, Dun Kubu Gajah, Perak mulai 5 hingga 7 Disember 2021 yang lalu. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Pusat Khidmat Dun Kubu Gajah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK ) Negeri Perak, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pelaksanaan program ini adalah bermatlamatkan untuk menyantuni dan memberi sokongan moral serta bimbingan kerohanian kepada OKP Dadah di kawasan Dun Kubu Gajah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menepis stigma di kalangan masyarakat terhadap komuniti yang telah terjerumus dalam penyalahgunaan dadah seterusnya memberi bimbingan dan galakan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik di masa hadapan.

Program ini dimulakan dengan slot Forum yang bertajuk “Hidup Penuh Erti” bersama ahli panel yang diundang daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (PEMADAM) Negeri Perak, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Perak dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengisian forum telah menyentuh tentang peranan agensi dalam menangani isu dadah, kesan pengambilan rokok, rokok elektronik (vape) dan tembakau, perundangan dan kepentingan bimbingan kerohanian dalam menangani masalah sosial di kalangan masyarakat.

Seterusnya, Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Hj. Idris bin Hj Ahmad. Turut hadir ialah YB Khalil bin Yahaya Timbalan Speaker Perak , ADUN Kubu Gajah, YB Tuan Mohd Akmal bin Haji Kamarudin, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau , ADUN Selama, Perak, YBhg. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dan YBhg. Dato’ Hj. Razali bin Shahabudin, Pengerusi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

YB Senator Tuan Hj. Idris bin Hj Ahmad telah berbesar hati untuk menyampaikan bantuan berbentuk keperluan asas makanan kepada 5 (lima) orang OKP Dadah yang telah dipilih oleh pihak AADK Negeri Perak. Seterusnya pihak urus setia bersama dengan agensi yang terlibat telah melakukan kunjungan Home Visit ke 15 buah rumah OKP Dadah di sekitar Dun Kubu Gajah dan turut menyampaikan sumbangan serta keperluan makanan sebagai tanda keprihatinan serta sokongan psikospiritual dan moral kepada mereka dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. Program ini telah berlangsung dengan jayanya serta memberi kesan mendalam kepada komuniti yang terlibat dan mereka merasa berbesar hati dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan sokongan yang telah diberikan.

Program Outreach Rakan Setia Komuniti OKP Dadah Dun Kubu Gajah 1

Program Outreach Rakan Setia Komuniti OKP Dadah Dun Kubu Gajah 2

Program Outreach Rakan Setia Komuniti OKP Dadah Dun Kubu Gajah 3

Program Outreach Rakan Setia Komuniti OKP Dadah Dun Kubu Gajah 4

Program Outreach Rakan Setia Komuniti OKP Dadah Dun Kubu Gajah 5

Program Outreach Rakan Setia Komuniti OKP Dadah Dun Kubu Gajah 6

Program Outreach Rakan Setia Komuniti OKP Dadah Dun Kubu Gajah 7