Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
YAB Perdana Menteri dalam ucapan Pembentukan Kabinet pada 27 Ogos 2021 telah mengumumkan bahawa 31 YB Menteri melibatkan 26 Kementerian dan 5 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama memegang portfolio sebagai YB Menteri.

Kesemua pencapaian 100 hari oleh kementerian dan agensi kerajaan yang bermula dari 1 September 2021 iaitu pada hari pertama Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan dipamerkan menerusi Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 9 Disember 2021 hingga 12 Disember 2021.

Pelaksanaan inisiatif-inisiatif bagi setiap aspirasi adalah berlandaskan enam (6) Teras Utama. Jabatan Perdana Menteri Menteri (Hal Ehwal Agama) terlibat dalam dua teras iaitu teras satu; menstruktur semula ekonomi dan teras enam; memperkasa penyampaian perkhidmatan. Empat program telah dirangka di bawah teras ini menjadi KPI bagi Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah memikul tanggungjawab untuk menterjemahkan kejayaan tersebut dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat (UKK), Pejabat Menteri (Hal Ehwal Agama) dan 14 agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Semasa program berlangsung, empat daripada agensi-agensi tersebut telah menawarkan perkhidmatan secara lansung iaitu Lembaga Tabung Haji, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia.

Hebahan dan promosi berkait program yang giat dijalankan melalui saluran Bahagian Penyiaran JAKIM, Al-Hijrah Media Corporation dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menampakkan sambutan hangat apabila Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) mendapat sambutan menggalakkan dari warga kota bermula semalam.

Orang ramai hadir seawal jam sembilan pagi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti dianjurkan. Pameran daripada kementerian dan agensi berkaitan kerajaan memudahkan pengunjung mendapat maklumat yang lebih menyeluruh.

Di samping pencapaian 100 peratus KPI YB Menteri (Hal Ehwal Agama). 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) turut meraikan kejayaan pencapaian 100 peratus bagi 208 lagi program oleh 14 agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah inisiatif MANTAP Piagam C-19 YB Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut diterajui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI).

Bagi memastikan semua program yang dirancang terlaksana dengan sempurna, beberapa kaedah telah dilaksanakan antaranya pemantauan, intervensi serta pendekatan baharu.

Di samping itu kerjasama semua agensi-agensi Hal Ehwal Agama serta komitmen yang diberikan turut menjadi kunci utama kejayaan ini melalui pendekatan “do more with less”.

Kejayaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Bagi JPM HEA 1

Kejayaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Bagi JPM HEA 2

Kejayaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Bagi JPM HEA 3

Kejayaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Bagi JPM HEA 4

Kejayaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Bagi JPM HEA 5