Kurator Berita : Darul Quran
24 November 2021 - Darul Quran sangat berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan kerja dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) pada petang ini. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin antara DQ dengan ITQAS yang berada di bawah kawal selia JHEAINS.

Delegasi pelawat telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS, Ustaz Abd. Rahman Talipudin bersama Pengetua ITQAS, Ustaz Rahim Yahya Abd Rahman serta enam orang pegawai-pegawai JHEAINS dan ITQAS yang lain. Turut sama dalam majlis bagi meraikan para pelawat dari Sabah ini ialah Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori Jusoh serta pegawai-pegawai kanan DQ yang lain.

Untuk rekod, ITQAS merupakan salah satu daripada 10 buah Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) yang bekerjasama dengan Darul Quran dalam menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat. Semoga lawatan dan kunjungan mahabbah ini dapat lagi memperkukuhkan jaringan kerjasama terutamanya dalam bidang pendidikan tahfiz di Malaysia.

Lawatan Kerja Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=490