Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui cawangan penyelarasan Pendidikan Unit Penaziran dan Pemantauan telah mengadakan lawatan di 4 buah sekolah di Negeri Sembilan pada 25 & 26 Januari 2022. Tujuan pemantauan ini dilakukan adalah untuk memastikan penggunaan bantuan peruntukan khas kerajaan persekutuan digunakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Pemantauan ini dilakukan di sekolah-sekolah pondok dan tahfiz di daerah Kuala Pilah, Seremban dan Port Dickson. Seramai 2 orang pegawai dari unit pemantauan, Bahagian Pendidikan Jakim Ustaz Mohd Yusof bin Sham, Penolong Pengarah Kanan dan Us Muhd Atiq bin Zulnorin Penyelia KAFA yang hadir dalam pemantauan ini. Turut serta dalam lawatan ini juga ialah pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Ustaz Tamim Dari bin Shaharudin Penolong Pengarah Pendaftaran dan Data. Antara sekolah yang terlibat adalah Pondok Pesantren Darul Tauhid Daerah Kuala Pilah, Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hafidz Daerah Port Dickson, serta 2 buah sekolah tahfiz di daerah Seremban iaitu Madrasah Tahfiz Darul Quran Wal-Ihsan dan Madrasah Tahfizal-Quran Darul Huda.

Pemantauan Peruntukan Khas Institusi Pendidikan Islam 2019 2020 1

Pemantauan Peruntukan Khas Institusi Pendidikan Islam 2019 2020 2

Pemantauan Peruntukan Khas Institusi Pendidikan Islam 2019 2020 3

Pemantauan Peruntukan Khas Institusi Pendidikan Islam 2019 2020 4

Pemantauan Peruntukan Khas Institusi Pendidikan Islam 2019 2020 5