Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Kuala Lumpur - 8 Februari 2022, dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran dapat dicapai oleh masyarakat di negara ini, YAB Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia. Konsep ini perlu diterapkan dalam pentadbiran kerajaan dengan meletakkan keutamaan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga. Selaras dengan hasrat ini, YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama-HEA) telah menyahut seruan YAB Perdana Menteri dengan memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera.

Untuk merealisasikannya, JAKIM berusaha melaksanakan pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera (KMKS). Pelaksanaan pendekatan ini adalah berpandukan kepada objektif pensyariatan Islam (Maqasid Syariah) yang memelihara kemaslahatan melalui penjagaan lima prinsip utama iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Selaras dengan pendekatan ini, dokumen Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera telah dibangunkan untuk dijadikan panduan kepada masyarakat dan pembuat dasar di peringkat agensi di JPM (HEA), kementerian, JAIN/MAIN dan NGO.

Rentetan daripada itu, JAKIM dengan Kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengadakan Persidangan Meja Bulat KMKS bersama agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri (HEA) yang bertempat di Dewan Besar, IKIM. Objektif persidangan ini adalah:
  1. Sebagai platform bagi agensi-agensi menyalurkan idea untuk penambahbaikan dokumen KMKS.
  2. Penyelarasan program-program pembudayaan di peringkat agensi-agensi melalui Pelan Komunikasi KMKS.

Persidangan ini dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sesi pembentangan Laporan Pembangunan KMKS telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM dan sesi pembentangan Dokumen KMKS disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Zaidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM merangkap wakil Panel Pembangunan Dokumen KMKS. Turut hadir di persidangan ini ialah YBhg. Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM. Seramai 50 orang telah hadir ke persidangan ini yang terdiri daripada ketua-ketua agensi, wakil-wakil agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Mentei (Hal Ehwal Agama) dan ahli panel yang terlibat.

Terdahulu, JAKIM telah melaksanakan beberapa siri Bengkel Permurnian Dokumen KMKS bersama ahli panel dari IKIM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan wakil Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA).

Persidangan Meja Bulat Keluarga Malaysia Bersama Agensi Bawah YBM 1

Persidangan Meja Bulat Keluarga Malaysia Bersama Agensi Bawah YBM 2

Persidangan Meja Bulat Keluarga Malaysia Bersama Agensi Bawah YBM 3

Persidangan Meja Bulat Keluarga Malaysia Bersama Agensi Bawah YBM 4

Persidangan Meja Bulat Keluarga Malaysia Bersama Agensi Bawah YBM 5

Persidangan Meja Bulat Keluarga Malaysia Bersama Agensi Bawah YBM 6

Persidangan Meja Bulat Keluarga Malaysia Bersama Agensi Bawah YBM 7

Persidangan Meja Bulat Keluarga Malaysia Bersama Agensi Bawah YBM 8

Persidangan Meja Bulat Keluarga Malaysia Bersama Agensi Bawah YBM 10