Kurator Berita : Bahagian Dakwah
15 Februari 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam melaka (JAIM) serta Majlis Agama Islam Melaka telah berjaya mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022. Multaqa ini telah berlangsung pada 15 Februari 2022 bersamaan 13 Rejab 1443H, di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka.

Seramai lebih 400 orang yang terdiri daripada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD), Guru KAFA, dan Pengetua/Mudir Institusi Tahfiz & Pondok dari seluruh daerah di negeri Melaka telah menghadiri program ini.

Bemula seawal jam 8:45 pagi, para peserta mendapat perkongsian ilmu daripada YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Tawil, Mufti Negeri Melaka. Sesi Bicara Mufti itu bertajuk (Dakwah Kontemporari) dengan kupasan yang amat menarik dan berkesan.

Acara perasmian multaqa telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibul Fadhilah Datuk Haji Mohammad bin Hashim Al-Hafiz iaitu Imam Besar Al-Azim (Masjid Negeri Melaka). Multaqa diteruskan lagi dengan ucapan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Multaqa Murabbi Ummah Peringkat negeri ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka. Majlis disambung dengan Penyampaian Cek Cura Peruntukan Kewangan Imam, Bilal, Guru Takmir Dan Guru Kafa Negeri Melaka Tahun 2022. Pada multaqa peringkat negeri ini juga diadakan Pelancaran Bulan Solat Peringkat Negeri Melaka. Turut hadir bersama multaqa ini Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi bin Johari, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Ustaz Akmal Nazim bin Abdullah, serta Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Haji Ruslan bin Said. Multaqa peringkat negeri ini berakhir dengan Sesi Libat Urus Caruman PERKESO bersama Pengarah PERKESO Negeri Melaka, Encik Abd. Razak bin Omar.

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Melaka 2022 1

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Melaka 2022 2

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Melaka 2022 3

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Melaka 2022 4

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Melaka 2022 5